Wednesday, July 4, 2012

NISFU SYAABAN...Malam Keampunan ALLAH :: KENALI PENYAKIT HATI





Assalamualaikum W.B.T... Malam ini kita telah memasuki satu hari yang baru... Hari yang penuh dengan rahmat dan berkat iaitu NISFU SYAABAN...
Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi R.A:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat.. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak.. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dalam sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri." Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah R.A. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambaNYApada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org-org yg dengki."



Malam Nisfu Syaaban adalah hari di mana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru... MasyaAllah, indahnya aturan Allah kepada kita... Diberi-NYA kita peluang untuk terus bertaubat untuk mencuci dosa-dosa semalam... Segalanya pasti bermula dengan hati kan? Jadi, jom kita renungkan bersama... Adakah kita ini mempunyai penyakit hati yang menyebabkan kita jauh dengan Allah Azzawajjala??

1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebaikan. . Malas menjalankan ibadah, bahkan meremehkannya pula ibadah tersebut.. Kalau dilaksanakan pun, tidak bersungguh-sungguh.. Contohnya solat 5 waktu..
2. Tidak tersentuh lansung dengan indahnya ayat Al-Quran.. Ketika disampaikan ayat tentang janji dan ancaman Allah, tapi tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk dari membaca al-Quran dan mendengarnya..
3. Tidak tersentuh dengan perkara yang terjadi.. Hati ibarat tidak merasakan apa-apa dengan adanya peristiwa yang dapat memberikan pengajaran seperti kematian, sakit, dan bencana.. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai sesuatu yang tidak kaitan dengannya... Nabi bersabda yang bermaksud: "Cukuplah kematian itu sebagai nasihat dan peringatan”
4. Berlebihan mencintai dunia serta melupakan akhirat .. Semangat dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata tanpa mengambil kira kepentingan akhirat..
5. Berkawan dengan orang yang melakukan maksiat.. Ini salah satu sebab terbesar yang mempengaruhi kerasnya hati seseorang.. Orang yang hidupnya di tengah gelombang kemaksiatan dan kemungkaran, bergaul dengan manusia yang banyak bergelumang dengan dosa, banyak bergurau dan tertawa tanpa batasan, banyak mendengar muzik yang melalaikan serta menghabiskan harinya untuk tujuan maksiat..
6. Melakukan maksiat yang berterusan.. Penyakit hati lahir daripada maksiat yang baru dilakukan, begitu juga yang dilakukan sebelumnya sehingga menjadi lingkaran syaitan yang sangat sukar bagi seseorang itu melepaskan dirinya..
7. Meremehkan dosa kecil.. Harus diingat, bukankah dosa besar bermula daripada dosa kecil..
8. Tidak mengambil kira sumber makanan yang menjadi santapannya... Orang yang hatinya berpenyakit dan keras ini biasanya kurang prihatin dengan sumber makanan, sama ada ianya halal atau haram.. Begitu juga dengan sumber kewangan yang digunakan untuk membeli makanan itu, lansung tidak dipedulikan dari mana datangnya...

Inilah yang kita perlu perhatikan.... Jadi, di mana kedudukan hati kita sekarang?? Adakah hati kita sedang sakit? Cedera parah? Atau sudah tidak bernyawa lagi? Semoga ianya bukan sebahagian daripada perangai kesukaan kita... Jika ianya masih ada dalam diri kita, usahakan untuk menghilangkannya... Jom..saya, awak dan awak semua perbaharui Iman kita bersama-sama... Dalam mencari redha Allah... Moga Malam Nisfu Syaaban yang penuh rahmat ini, Allah S.W.T melamar hati kita untuk bertaubat kepada-Nya..Dan buku amalan kita sentiasa dipenuhi dengan catatan pahala...Ameen..

Thursday, May 17, 2012

choClate moiSt cAke


1cawan gula halus  }
                                Dipukul hingga gebu {gula & mentega}
1cawan mentega}
1cawan susu cair (dididihkan) @ 1cawan air mendidih
1cawan koko
1sudu teh baking powder   }
1sudu teh bicarbonate soda }                     { baking pwder,soda n tpung gndum diayak bersama}
1 setengah cawan tepung gandum }
1sudu teh esen vanilla
4 biji telur ayam gred A

                                METHOD:
Mentega yang dipukul kembang (gebu) bersama gula tadi dimasukkan telur satu persatu, pukul lagi dan masukkan bahan-bhn yg diayak dan esen vanilla.lastly , masukkan susu cair gaul hingga sebati. Sediakan kukusan, kukuslah hingga masak selama 45min/1jam..

Topping kek
½ cawan koko
½ tin susu pekat
1 sudu besar mentega
Gunakan cara “double boiler”.. bila semuanya sudah cair, tuang keatas kek & tabur coklat rice or whatever la.. up 2 u..
Selamat mencubaa.. ^_^

Made from: eiyda ziezan

Sunday, April 1, 2012

LUPAKAH KITA AKAN ALLAH???




Kadang-kadang, ragam dunia membuatkan dada kita lemas dan terasa sesak walaupun pada hakikatnya, kita masih bernafas. Kadang-kadang, ragam manusia sekeliling kita menjadikan kita rimas oleh desakan-desakan yang menyuruh kita melalaikan diri dan menjauh dari Yang Maha Esa. Kadang-kadang, suasana dunia sering memerangkap dan memenjara nurani kita yang berfitrahkan kebaikan bertukar kepada keburukan dan kejahatan.

Kadang-kadang, ragam alam maya menjadikan kita mangsa tipu daya untuk kita mempercayai apa-apa saja sumber yang berjaya dikorek, direka serta ditokok tambah di alam penuh global ini. Jahilnya kita! Zalimnya kita!

Kadang-kadang, kehidupan menjadikan kita lebih kuat dan luar biasa untuk terus berjuang hadapi hidup di masa hadapan. Kadang-kadang, kehidupan yang sama ini juga menjatuhkan semangat kita dan menghalakan jiwa kita ke arah untuk berputus asa. Lemahnya kita! Lembiknya kita!

Bila ujian dan dugaan bertandang, jiwa mula resah. Hati pula sibuk rasa gelisah. Diri juga semakin menggelabah. Kenapa ya? Lupakah kita pada Allah?? Lupakah kita pada ganjaran Jannah?? Lupakah kita pada erti sebuah tabah?? Lupakah kita bahawa ketenangan itu ada pada Allah??

“(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” (Surah Al-Ra’d : 28)

Bila kita ditimpa ujian demi ujian yang bertali arus, diri mula terasa lemas. Ingin berputus asa dari bergantung harap pada-Nya. Rasa ingin mati secepat yang mungkin walaupun amalan tak setinggi gunung. Kenapa mesti rasa begitu ya? Lupakah kita bahawa Allah itu sentiasa ada bersama kita?? Lupakah kita bahawa Allah terlalu sayangkan kita??

Sa’ad bin Abi Waqqas berkata : “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. ; ‘Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling berat ujian dan cubaannya?’ Nabi s.a.w. menjawab ; ‘Para Nabi, kemudian yang meniru (menyerupai) mereka. Seseorang diuji mengikut kadar agamanya. Kalau agamanya nipis (lemah) dia diuji sesuai dengan itu (ringan) dan apabila imannya kukuh diuji sesuai dengan itu (keras). Seseorang diuji terus-menerus sehingga dia berjalan di muka bumi, bersih daripada dosa-dosa.’” (Riwayat Bukhari)

Bila insan kecintaan kita seperti ibu bapa, suami isteri, anak-anak, sahabat dan para guru pergi meninggalkan kita untuk selama-lamanya, kita terus dibelenggu sedih. Kecewa berpanjangan dan muram terhadap setiap keadaan. Kenapa begitu ya? Lupakah kita pada ujian Nabi terdahulu yang lebih dahsyat lagi dugaannya?? Lupakah kita bahawa setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati?? Lupakah kita bahawa dunia ini hanya sementara??

“Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu dan takutilah suatu hari yang (pada hari itu) seorang bapak tidak dapat menolong anaknya dan seorang anak tidak dapat (pula) menolong bapaknya sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka janganlah sekali-kali kehidupan dunia memperdayakan kamu, dan jangan (pula) penipu (setan) memperdayakan kamu dalam (menaati) Allah.” (Surah Luqman : 33)

Di mana ketabahanmu saat dugaan menyapa jiwamu? Di mana sabarmu tika ujian melanda atmamu? Di mana kekuatanmu saat ombak derita cuba menghanyutkanmu dalam rendaman air mata semata-mata? Di mana kebergantunganmu pada Allah saat dunia mula menutup mata hatimu?

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) salat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk,” (Surah Al-Baqarah : 45)

Bila hati resah dan gelisah, ingatlah, kita punya Allah…

Bila jiwa mula bergelora dengan gundah-gulana, jangan kita lupa, Allah selalu ada…

Bila diri mula dihimpit rasa duka, ingatlah, kita ada Allah…

Bila dada terasa lemas dan sesak dengan asakan cinta dunia, ingatlah, Allah matlamat utama kita..



Jangan hanya di waktu susah kita mengingati-Nya..

Tapi, di waktu senang juga, jangan sesekali lupakan-Nya..

Susah senang diiringi dengan ingatan hanya pada-Nya..

Suka duka bersama-Nya..

Sabarlah kerana Allah..

Redalah dengan segala rencana Allah..

Syukurlah dengan segala aturan-Nya untuk kita..

Insya-Allah..

Mukmin yang kuat itu tidak ada dalam kamus hidupnya erti ‘putus asa’..!

Sunday, March 4, 2012

Lelaki akan bertambah kacak.. bila...???

Lumrah manusia inginkan pasangan yang indah dan sejuk mata memandang . Tapi tahukah anda yang lelaki akan menjadi bertambah kacak dan segak apabila ……





1) Lelaki solat 5 waktu sehari semalam .


2) Lelaki menghulurkan sedekah kepada orang yang memerlukan.

3) Lelaki memakai pakaian yang sopan, kemas dan menutup aurat .

4) Lelaki menghormati ibu bapa dan sanak saudara .


5) Lelaki mampu menepis godaan zina dan maksiat .


6) Lelaki menjalankan tanggungjawab kepada adik beradik dan keluarga .


7) Lelaki memberi ruang duduk untuk wanita atau golongan uzur di tempat-tempat awam.


8) Lelaki berjaya mengawal perasaan marah dengan ucapan zikrullah.


9) Lelaki bertutur dengan sopan dan penuh hemah dengan orang lain.


10) Lelaki melaungkan azan dan menjadi imam ketika menunaikan solat .

Tidak susah untuk menjadi lelaki kacak ni kan ? well , outer beauty is temporary while the inner beauty will last forever . Kacak bukan hanya terletak pada rupa sahaja , sebaliknya terletak pada peribadi , akhlak dan tingkah laku . Dalam erti kata lain Lelaki yang soleh adalah Lelaki yang kacak ...
ahaaa.. so tgu pe ag?? kalau dh jupe cri2 cmnie cpt2 approach ea..okep?? :)


Monday, February 27, 2012

smile for a while..??

oke knpa "smile for a while " ?? sbb nyer Allah nk uji aku lgi untuk truskan hidup secara solo kt Bumi nie..
fine.. i will do that, insyaallah semuanya akan baek2 sja lpas nie.. cuma i need a time untuk lalui semua nie..
1st of all.. aku kna focus on what i'm doing rite now.. the other thing, ak kna simpan kemas2 letak dlm kotak rahsia selama mna ianya akn terurai..sbb nyer adalah Janji Allah Adalah Pasti" ..
we must 2 believe it..  so i hve 2 find a solution so that my mind will get "OK"..
solution nyer adalah dgn cra blek kg tenangkan mind..
yahuuu.. wowooo balek kg.. hati riang.. perjalanan jauh x kurasa.. kerna hati ku melonjak sma.. lalalalalaa...
my new life will begin wiv peacefully without him after dis..
layann dlu.. "Talking to The Moon "dis song very special..
lbih baek bercakap dgn bulan ktanya lah... huhu...
dat's all for coret2 ari nie.. ok out ^_^
peaceee yawww

alaaa tomey2... nk msk meow goreng tepung ke ?? ;) love meoww222...

Friday, February 17, 2012

“Aku & Dia Dah Putus…”


Assalamualaikum
“Aku dan dia dah putus…”
“Kenapa?”
“Aku dah x sayangkan dia. Pelik bukan. Tiba-tiba saja perasaan tu hilang”
“Kau pasti dengan keputusan kau. Kau x kesiankan dia? Dia sayang kau…”
“Kesian la jugak. Tapi bila aku fikir balik. Lagi kesian kalau aku teruskan. Aku dah x mampu…”
“Buatlah apa yang kau rasa terbaik….”
selepas setahun.
“Aku geram. Dia tipu aku. Lepas setahun baru aku tahu…”
“Kenapa? Apa yang dah jadi…?”
“Dia ada ramai perempuan belakang aku. Dia tipu aku. Aku rasa pedih. Terlalu pedih…”
“Kenapa kau pedih. Kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”
“Entah. Mungkin rasa dikhianati. Tak dihargai. Mungkin kalau aku sayang dia. Sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka.  rabak. koyak. patah….”
“Lupakanlah. Jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…Tidurlah dah lewat…”
“Aku tak boleh stop. Mata aku x boleh nak lelap . Kecewa aku menggunung. Otak aku overtime….”
.
beberapa bulan kemudian
“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”
“kau ada jawapan?”
…senyum ” ada…mudah.”
“Apa dia?”
“Kongsi lah…”
“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun. Mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku. Dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku. Sedangkan banyak benda yang aku lalai. Hubungan aku dengan Allah aku terabai.”
“Maksud kau?”
“Aku banyak berfikir. Refleksi balik segalanya. Cari jawapan pada soalan-soalan aku. Aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah. Leka dengan cinta lelaki. Aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki. Aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta. Nak tahu sesuatu?”
“Teruskan aku dengar…”
“Aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah. Sekarang aku rasa aku tahu kenapa. Aku belum cukup baik. Dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah. Tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.
Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…Rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu. Lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…Sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”
“so sekarang?”
“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan. Selangkah. Dua langkah…Aku sedang berlari. Mendekati Pencipta…”
“Lelaki? Cinta?”
“Hanya yang Halal. Janji Allah itu pasti.”
“Kau yakin sekarang? Rasa lebih baik?”
“Alhamdulillah. Semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh. Cahaya itu yang buat aku bangun. Dan ketenangan itu milik aku. Sungguh, hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung. Aku khilaf. Sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.
Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku. Mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja. Tapi sekarang aku dah sedar, faham tanggungjawab aku. Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini. Syukur :) “
p/s :  Semoga bermanfaat :)
MANUSIA : BODOH: tak belajar dari pengalaman sendiri dan tak belajar dari pengalaman orang lain
PANDAI: belajar dari pengalaman sendiri tapi  tak belajar dari pengalaman orang lain
BIJAK: belajar dari pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain….

yezz.. welcome back to the blog world...

after one years xupdated blog, n dlm msa stawun nie mcm2 mnder dh jadi, pahit manis, masin masam semua completed laah.. start from now bru nk follow.. okeh, 1st of all.. nk d kongsi bersama lah serba sedikit story yg sy ada kn.. bukan kah "sharing is caring".. org la yg kta not me.. teheee..